#
Aduan & Maklumbalas KTD
#

#POLISI ADUAN INTEGRITI

Pengenalan

1. Aduan integriti adalah aduan/maklumat yang dibuat berkenaan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika Kolej yang melibatkan mana-mana staf, pelajar dan pihak yang berkepentingan dengan KTD,dan seterusnya mengambil tindakan bersesuaian.

2.Seorang pemberi maklumat atau pengadu diberi perlindungan dalam segi kerahsiaan dan perlindungan maklumat dan mengikut AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (Akta 711) yang ditetap berikut.

3. Setiap aduan atau maklumat yang diberikan akan diambil berat dan dinilai oleh Pihak Pengurusan Tertinggi KTD berlandaskan prinsip bebas, telus dan adil serta mematuhi prinsip keadilan asasi.

4.Seseorang itu boleh memilih untuk tidak mendedahkan identitinya dan pihak bertanggungjawab berhak untuk tidak mengambil tindakan ke atas aduan/ maklumat yang tidak lengkap.